Sunday, February 3, 2013

Resipi:Kerabu Ikan Bilis Ohlala

assalamualaikum.......

hai semua,korang sihat tak??sebelum ni aku ada janji kan nak share dengan hampa semua resipi kerabu ikan bilis kan??btw resipi nih aku belajar dengan sepupu aku...nak buat memang sangat senang..sekali dah rasa mesti nak lagi..

bahan-bahan

1. ikan bilis 100g
2. tomato 4 biji
3. bunga kantan 2
4. serai 6 batang
5. bawang besar 2 labu
6. cili kecil 4 biji

bahan perasa

1. sos tiram
2. perahan air limau nipis

cara-cara

1. Goreng ikan bilis sehingga kering...angkat dan diletakkan di tepi
2. Potong tomato, bunga kantan, bawang, serai dan cili menjadi menjadi bahagian kecil
3. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah dipotong halus
4. Kemudian masukkan bahan perasa dan gaulkan sehingga sebati
5. Kerabu ikan bilis dah sedia dimakan



senang saja nak siapkan kerabu ni...selamat mencuba semoga berjaya kawan-kawan...=)













Monday, January 21, 2013

Misi Kemanusiaan Ke Kemboja Part 2

Assalamualaikum....

hai kawan-kawan...sihat ke semua??Aku rasa bersyukur sangat sebab exam dah habis dah so boleh la relax-relax dekat...makan laksa tiap2 hari...kat Terengganu susah nak jumpa laksa Penang yang menepati citarasa aku...nama pun laksa Penang kan kena la cari kat Penang...ye dak??hehehehehe...Sebenarnya kali nih aku akan sambung entry berkenaan Misi Kemanusiaan Ke Kemboja Part 1...boleh KLIK SINI

berbalik kepada Misi ini tarikh deadline untuk kami semua kutip dana dan semakin dekat sebenarnya...sebab duit yang berjaya diterima team kami, akan terus dihantar ke Kemboja bagi memudahakan urusan seperti membuat Pam Air...maknanya time kami sampai untuk nak bagi bantuan nant pam-pam air nih semua dah siap...sebab kat sini akan diletakkan tanda penghargaan bagi semua yang bagi dana/bantuan kat orang2 sana...mesti ada jugak yang akan mempertikaian pew yang aku tulis nih...samada betul ataupun tidak...so nih ha aku sertakan surat dari TNC UMT




kalau ada sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi sumbangan dalam bentuk kewangan korang semua boleh ja bank in ke nombor akaun CIMB Bank : 13010013406203 NORLIDA ABD KARIM(bendahari program)..jasa hampa semua kami semua sangat hargai...terima kasih ye kawan-kawan.....

Thursday, January 10, 2013

Prank On Her

Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua?sihat tak..??,bila dah habis exam rajin sikit nak update blog aku yang tercinta ini...bila stress ja rasa nak update selalu blog nih...tajuk entry nak gempak saja kan??...hari Selasa lepas aku, Amirah dan Ain telah rancang nak sambut hari lahir Qihah awal 2,3 hari sebab semua dok kalut nak balik rumah dah...aku saja yang setia dengan Umt ni...

Kami memang ada tradisi dari dulu lagi sejak diploma sambut birthday dengan baling telur dengan main tepung...tapi memandangkan semua dah besar-besar belaka maka kami decide nak sambut macam orang dewasa...mula-mula Qihah memang takut sebab ingat kami nak baling telur...hehehehee...at last cubaan berjaya jugak...penat jugak nak ajak dia keluar dari bilik....jenuh dok tarik...so let enjoy the pictures...



yummy...

birthday girl...

kalau semua perasan mula-mula macam dekat luar gambar nih kan...kenapa tiba-tiba ja berpindah tempat???elok lepas kenakan Qihah, hujan pun turun bagaikan mutiara,pakat bergegas la lari masuk blik...

disebalik tabir


roomates...pe hal Ain tiba-tiba pandang kamera???hahahahahahah

aku yang over lebih....three of us...=)

pesanan untuk Qihah, terima kasih sayang...ang dah banyak tolong aku dengan kawan yang lain dalam bidang pelajaran..takda pew yang dapat aku balas dengan jasa budi baik ang ni...aku dengan Mira sayang sangat dengan ang...peace yo...tetiba ja emosi malam-malam macam ni...

p/s: minta maaf kalau ada banyak typo ye...keyboard laptop rosak...untuk entry lepas ni aku akan update pasal resepi Kerabu Ikan Bilis OhLaLa....stay tuned...

gudnite readers...have a nice day....Assalamualaikum......=)

Sunday, January 6, 2013

Humanitarian Program at Cambodia

Assalamualaikum.......

Alhamdullillah masih bernafas saat ini....lama tinggalkan blog ni sebab tengah terlampau sibuk dengan final exam...ok berbalik kepada tajuk entry aku nih, InshaAllah pada 1-5 Mac 2013 ini aku akan menyertai satu misi kemanusiaan ke Kemboja dibawah Kelab Penyayang Universiti Malaysia Terengganu... aku rasa permulaan yang baik untuk tahun nih...

program nih kami akan salurkan bantuan makanan, kesihatan. untuk pengetahuan semua program ni untuk membantu masyarakat  Islam sana...sememangnya kita taw depa sangat la miskin sehingga makan pun tak cukup..waktu kat sana nanti team kami akan jalankan program bersama anak orang yatim, Boat people dan juga masyarakat yang lain.kami jugak akan jalankan aktiviti bersunat, pembahagian lembu, pam air dan yang lain

kalaulah kita pikir 5 minit kita memang patut bersyukur hidup dekat Malasia yang aman sentosa..takperlulah sangat nak memberontak.. kalau hampa perasan  kat kedai makan mesti makanan akan dibuang macam tu ja..kat sana even nasi basi pun sangup nak makan...so kalau korang rasa nak dermakan makanan, baju atau alat2 tulis...boleh la email kat aku kumakuma91 @gmail.com... kalu taw mana-manaboleh mintak sponsor gtau lah ye..hulurkan tangan ringankan beban...peace



p/s: boat people ialah orang yang hidup dekat atas bot...means takda rumah

Wednesday, December 19, 2012

it's my moment

Assalamualaikum.....

hai korang apa khabar??btw aku baru ja lepas demam disebabkan gigi bongsu tumbuh..dahla time minggu test plak 2..nasib baik dah ok sekarang..btw aku update blog pun sebab nak kongsikan dengan korang gambar aku konvo hari 2..check it out..

i win this battleship







terima kasih ibu,ayah,a dik-adik and semua kawan-kawan yang dah support aku sepanjang 3 tahun belajar diploma perikanan...you guy's ohsem.


besties


what i got...thank you


=)

ni bestfriend kita...tq datang bagi bunga kat saya

my coursemates yang ohsem


gambar nih kitaorang shoot seminggu lepas konvo...memang havoc gila time nih dengan panasnya lagi..tapi semua kemutkan ja muka untuk nak dapatkan gambar yang cantik......

yeppy

lastly, aku sangat bersyukur sebab dapat habiskan diploma aku selama tiga tahun...walaupun aku bukanlah dalam golongan budak-budak dekan aku still happy sebab tak semua orang sama dalam dunia nih kan...so enjoy ja apa yang ada...btw sekakrang aku tengah wat degree plak dalam bidang yang sama...so aku harap untuk degree nih dapat la aku skor untuk dekan untuk setiap sem..

p/s:kitaorang dah konvo dekat sebulan but baru sekarang aku nak update..sibuk dengan test and assignment...

take care readers...have a nice day...=)

Tuesday, February 14, 2012

Tips Kecantikan (Makanan Untuk Kecantikan)

Assalamualaikum......

i'm back...teheee...btw semalam memang nak update blog tapi sebab aku dengan orang rumah pergi tengok wayang...Journey 2:Mysterious Island...best sangat...asyik gelak dengan jerit ja..btw aku nak sambung entry yang sebelum nih yang pasal kecantikan tuh....

kali nih aku nak share dengankorang semua pasal makanan yang baik untuk nak jaga kecantikan...bagi aku bab pemakanan nih memang nak kena jaga sebab dari makanan tuh semua la kulit dan badan kita dapat nutrisi...

KULIT

1.Kulit berminyak
-buahan dan sayuran segar,ikan,daging ayam itik,daging tanpa lemak,telur dan bijiran tulen

2. Kulit kering
-sayuran lemak tak tepu,biji benih atau minyak kacang,dan makanan yang kaya protein

3. Kulit tidak bermaya
-dadih dan aprikot

4. Kulit berjelaga
-sayuran hijau yang segar, badam, biji bunga matahari, timun,lobak merah, keledek dan aprikot.

RAMBUT

1. Rambut berminyak
-buahan dan sayuran segar, ikan, daging ayam itik, daging tidak berlemak dan bijiran tulen.

2. Kelemumur
-minyak sayuran tidak tepu, germa gandum, buahan dan sayur-sayuran segar, dan makanan kaya protein.

3. Warna kian pudar
-germa gandum, biji bunga matahari, bijiran tulen, makanan laut dan dadih.

konklusi korang semua kena makan banyak buah-buahan dan sayur -sayuran...aku tak berapa makan sayur macam kobis,bayam,kailan dan lain-lain,so aku gantikan dengan pelbagai ulam..pemakanan ulam lagi bagus sebenarnya sebab selalunya ulam-ulaman nih diarong tak sembur racun...so memang organik...cuma sapa yang tak berapa nak tahan pahit confem tak dapat nak telan....

haruslah tempek muka kat sini


btw kalau korang semua ada tips yang berguna share-share lah yew....hehehhee

have a nice day readers....

Friday, February 10, 2012

Tips Kecantikan Part 1

Assalamualaikum.....

bila kita dah dewasa  nih,penjagaan kecantikan adalah sesuatu yang amat kita titik beratkan tak kira lelaki atau perempuan...semau mesti nak nampak cantik/hensem selalu...am i right???aku tak nafikan statement nih sebab aku salah sorang yang memang menjaga kecantikan wajah aku...banyak la petua-petua yang aku ikut sebab nak kulit jadik lagi mulus dan licin...sebelum nih aku pakai pencuci muka but aku rasa pencuci muka ni sebenarnya tak berapa okey sebab ada banyak sangat bahan kimia....so aku stop penggunaan dia...aku wat back to basic ikut petua orang dulu-dulu....

berbalik semula kepada tujuan asal aku,aku nak sharekan dengan hampa semua sedikit tips yang aku dapat dai buku "KOSMETIK & PRODUK DANDANAN DIRI LEBIH BANYAK BAHAYA & KESAN SAMPINGAN" .....dalam nih dia da sertakan rawatan ali untuk kulit....

1. Menegangkan kulit
-lenyekkan dua sudu besar betik masak dan sapukan ke muka...biarkan selama 10-20 minit sebelum dibilas dengan air suam....(tak payah susah-susah korang nak suntik botox)...campurkan putih telur dan jus limau nipis kemudian buat seperti masker...biarkan selama 5-10 minit dan bilaskan dengan air suam..

2. Singkirkan sel-sel mati
-hiriskan tomato menjadi kepingan nipis dan diletakkan ke muka..

3. Meyingkirkan kotoran
-mencuci muka menggunakan susu dua kali sehari,atau mengusapnya dengan sekeping lemon (ataupun limau nipis)...selain itu, korang jugak boleh menggunakan kacang hijau yang telah ditumbuk untuk membersihkan muka..

4. Mengelakkan ketegangan kulit
-ambil sebiji pisang yang dibelah dua dan dilenyekkan kemudian sapukan ke muka dan leher...

5. Mengurangkan pengelupasan kulit
-campurkan sesudukecil kulit oren dan badam yang dikisar halus...letakkan sedikit di tapak tangan dan campurkan sedikit air dan gunakan pes itu untuk bersihkan kulit...


nilah buku yang aku cakap tuh,korang boleh cari dekat Popular bookstore...aku pun beli dekat sana...harga dia sangat berpatutan...RM6.00 ja...kalau korang boleh berhabisan ratusan ringgit untuk produk kecantikan takkan buku nih tak mampu beli kan??



perbezaan muka aku dulu dengan sekarang...sanagt berbeza...dulu muka aku penuh dengan parut jerawat...pakai la produk apa pun tak berkesan...at last muka aku dah ok pun...

so aku harap pew yang aku tulis nih dapat sedikit sebanyak bagi info-info berguna kat korang semua..

have a nice day reader....