Saturday, August 20, 2011

Semangat Patriotik Tuh Perlu Ada!!!!!!!

Assalamualaikum......

Hai readers,macam mana dengan hari korang semua????harap sihat lah yew.gpown dah nak dekat raya nih better jaga kesihatan msg2. Hari nih saya nak cerita pasal semngat patriotik memandangkan kita dalam bulan kemerdekaan nih.

Saya memang berbangga dilahirkan sebagai anak Malaysia nih,korang lak macam mana?better korang bangga sebab kalau tak saya nak hantar korang balik Nepal okey. Hari Rabu lepas kolej kitaownk da program Ambang Kemerdekaan,banyak la aktiviti yang depa sediakan untuk budak2 hostel. saya lak memang wajib join konvoi kemerdekaan tuh,walaupown penat berposa bagai tapi tuh bukan alasan untuk jadi mandom. Saya dengan kawan join la konvoi berbasikal,da jugak yang join konvoi moto sebab malas nak kayuh basikal.

Seyesly walaupown saya tak dapat berjuang macam pemimpin kita dulu yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu,tapi saya rasa benda yang boleh kita semua lakukan mestilah dengan support program cenggini. Sebab kalau tak anak-anak malaysia sapa lagi kan?

Saya perasan yang remaja zaman sekarang memang kurang semangat patriotik nih sebab tuh kita nih mudah dijajah dengan pemikiran orang lain. Sepatutunya kita harus tanamkan semangat patriotik tu. Cuba bayangkan kalau kita dilahirkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan? tak ke parah namanya. Ceh dah macam cikgu lak bagi ceramah.hehehe.





kami anak Malaysia...

Setakat tuh ja saya nak kongsikan kali nih.selamat berpuasa dan selamat menyambut ulan tahun kemerdekaan yang ke 54...

Monday, August 15, 2011

Tiba-tiba Ada Jew Wartawan Mencapap Kat Pasar Tani

Assalamualaikum.....
hai peeps, hari nih da masuk hari ke 16 kita semua berpuasa. So, how was ur fasting day??it's was great right. Everyday i feel so blessed. Ok, skunk saya nak kongsi cerita skit pasal kejadian kat pasar tani.Actually saya dan  classmates dapat asignment untuk wat study case kat tempat yang menjual makanan. So kitaownk segroup pown decide nak wat study case kat pasar tani. Korang semua mesti selalu gak kan datang pasar tani?

Pada hari kejadian kitaownk wartawan tak bertauliah nih pown pergi la pasar tani,dengan penuh bergaya sekali oeky.Sekali pandang macam Zakiah Anas dah.hehehehe. Kitaownk datang pasar nih kena wat pemerhatian dan bagi sedikit komen mengenai cara pengurusan makanan yang dilakukan oleh para penjual.

Nak dijadikan cita nya,da sesetengah peniaga nih cuak tengok kitaownk sampai biru muka dah. Depa ingat kami nih wartawan daripada surat khabar atau wartawan pengguna. Naik biru dah muka depa nih,mana tak nya da sesetengah penjual nih tak mengamalkan langsung etika kebersihan kat ruang kerja. Tobat la pasnih kalau nak beli makanan kat pasar tani nak kena survey yang betol2 bersih. alhamdulillah lah saya berpeluang wat study case nih secara tak langsung dapat gak tau hakikat  sebenar kebersihan tempat nih.


untuk gerai nih memang A plus arh. bersih gila


berankea kuih muih dijual kat sini...ermmm yummy




see. kotor gila

tengok kan dah cakap, memang da sesetengah peniaga yang tak amalkan kebersihan. Buang sampah merata-rata ja. even da setengah peniaga sayur yang just letakkan sayuran diaownk atas tanah cuma lapik dengan surat khabar ja. Memang tak bersih langsung


pak cik ayam sporting

Pakcik nilah la yang ingat kami nih wartawan surat khabar,bila dah explain hal yang betol dia plak beria-ria nak tangkap gambar .

Lastly nak cakap memang kami semua dapat pengalaman yang sanagt berguna la time wat lawatan kat pasar tani. Dengan kena harungi kesesakan orang yang pusu-pusu datang sini,kena marah dengan para peniaga dan macam-macam lagi lah. saya rasa korang pown patut jugak survey kawasan pasar tempat tinggal. At least tau jugak camna cara pengurusan depa nih.

p/s: study case nih kitaownk wat before posa. tapi sekarang baru sempat nak update.

selamat berposa kawan-kawan .Have a nice day.=)

Saturday, August 6, 2011

Moto Besaq N Keta Comel.....

Assalamualaikum.....
Pew khabar kawan-kawan semua.Sihat tak??Dah lama nak update blog tapi still jugak tak sempat. Sejak kebelakangan nih memang sibuk sket dengan test,assignment yang bertimbun2 lagi. Al maklumlah dah final sem memang agak sibuk.

ok,kali nih saya nak kongsikan skit gambar2 yang saya snap masa Karnival Pemerdagangan kat penang hari tuh. Kebetulan time 2 family nak hantar blik terengganu tapi sempat singgah kejap kat Queensbay mall sebab tiket lambat agi. yang sayang time pi tuh tak sempat nak jumpa Lisa Surihani yang meletop 2. Sebab petang tuh dia dah ambik flight blik KL.

Jom enjoy gambar2 saya masa da kat sana.


seyesly memang cantik gila depa renote keta nih

mcm herbie plak tgk kete nih

my lovely dad yg mcm jatuh hati kat moto tuh

da hati nak jadi macam Erra fazira
Seyesly sapa yang minat kete2 comel and moto2 besar nih mesti enjoy gila datang sini.Walaupown datang kejap saja tapi memang enjoy habis. Sebenarnya masih dalam mood bersedih sebab kamera saya hilang.Huhuhu.Tak pewlah dah takda jodoh saya dengan kamera tuh.Saya harap sapa yang jadi tuan baru kamera tuh jaga leklok kamera tuh. Skunk tengah kumpul duit nak beli kamera baru,

Sampai bersua  lagi yew pasni,tq for reading this....

Wednesday, June 15, 2011

Tips Nak Dapatkan Rambut Yang Cantik.....

Assalamualaikum........

Sebenarnya tak tau pown nak hupdate pasal apa,tapi rasa macam nak share tips2 nak jaga rambut untuk rakan2 semua.Ha,tambah untuk girls yang bertudung mesti susah kan nak jaga rambut anda?????meh nak share sket2 tips yang saya tau.

1.Firstly,kalau pagi2 nak pi kerja or ke kelas tak payah la nak basahkan rambut sebab bila kita pakai tudung rambut tuh akan sentiasa lembap ja dalam tudung and last2 akan menyebabkan pembiakan fungus ataupown dikenali sebagai kelemumur and lagi 1 akan sebabkan rambut berbuah.so,kalau nak basuh rambut make sure time 2 korang takda aktiviti luar.

2.Selalunya bila girls basahkan rambut diaownk suka nak keringkan pakai hair dryer,ok kalau pakai hair dryer sebenarnya akan wat kita lebih kering dan nampak kusam.So say NO to hair dryer,keringkan secara semula jadi ja.

3.tips yang ke3 plak bila syampu rambut 2 3 kali ja seminggu jangan lebih dan pakai conditioner.Kalau syampu selalu bukan rambut jadi lebih elok tapi lagi teruk dan wajib pakai conditioner sebab nak imbangkan pH rambut kita.bila terlalu beralkali rambut akan jadi keras.bagi yang tak mampu nak pakai conditioner bolah ja nak pakai benda semualjadi macam limau nipis.1 agi limau nipis nih pown boleh setelkan masalah kelemumur nih,so dengan cara nih korang dapat jaga rambut dan tak payah nak keluarkan belanja yang besar untuk penjagaan rambut.

4.Saya rasa ramai yang impikan untuk nak dapatkan rambut yang lurus kan??ok senang ja cara dia.Korang cari bunga raya.Yang asli ok bukan bunga plastik tau.Pastu ramas bunga nih dengan air sampai keluar lendir,then korang sapu lendir 2 kat rambut dan birkan dalam 10 minit macam tu.kalau rajin wat la tiga kali seminggu atau lebih.InsyaAllah hasil nanti dapat puaskan hati korang semua.dulu selalu jugak saya wat tapi bila duduk hostel susah nak wat sebab tak penah pown jumpa bunga raya kat area Kuala Terengganu nih.

5. Bagi yang tak bertudung plak make sure before keluar rumah tuh pakai minyak dekat rambut tuh.Minyak zaitun ke Johnson baby ke,sebab rambut korang akan cepat kering sebab terdedah terus kat matahari.At least bila pakai minyak tuh dapat la jugak nak protect rambut tuh.

6.Dulu time kecik2 selalu la jugak sapu minyak kelapa kat rambut.Senang ja nak wat sendiri minyak nih.Firstly korang masak santan tuh,tunggun sampai dia pecah minyak and korang boleh ambik minyak tuh pakai kat kepala.jimat duit kan dapat wat sendiri.Tak payah nak habis kan duit untuk benda yang belum pasti lagi berkesan kan kawan2?????kalau malas sangat korang ambik santan pastu letak kat dalam peti ais.Pastu esok pagi ambik dan letak kat kepala,mesti rasa sejuk dan segar ja kat kepala tu.


Oklah,setakat tuh ja tips yang dapat saya kongsi.Kita orang perempuan mesti la jaga rambut betul2 sebab rambut tuh kan mahkota kita.Tak kisah la bertudung ataupown tak.Takat nih ja yang mampu saya kongsikan untuk semua.Harap dapat la bagi info walaupown sedikit.Take care readers.have a nice day.tq for reading this.

Wednesday, June 8, 2011

Jeruk Penang Untuk Nurulbadiah Lai

Assalamualaikum..........

dah lama btol saya tak jenguk blog saya nih..bukan apa,balik kampung ja line tak bapa nak okey.So,cma boleh blogwalking ja...Sedih sangat sebab blog nih terbiar macam tu saja. Ok saya dah stat sem baru skunk nih.Bukan tuh yang saya nak cita sebenarnya,ada topik yang lebih hot agi dari tuh. Nak tanya nih,kenal tak siapa yang bernama Nurulbadiah Lai????seyes sapa yang dalam dunia berbloging kalau tak kenal beliau memang rugi sesangat yew.Kak nurul bukan saja cantik tapi memang seownk yang sangat la baik.Saya memang minat betol dengan kak nurul nih.

Ok,memang dari dulu pown berhajat nak jumpa dengan dia tapi malu kowt.Yewlah,dia kan sangat femes ames.Tapi saya memang totally wrong,she is really a nice person even dia memang popular sangat among bloggers. So saya pown belikan sedikit ole2 dari Penang Terchenta untuk dia. Tadi saya pown berkesempatan la untuk bagi jeruk tuh untuk dia. Happy sangat2 dapat jumpa.Memang dah lama tingin nak jumpa.she is really makes me want to cry,know why??? because she is really nice to me even first time we meet up. Dah.taknak cita banyak2.Jom layan gambar yang disnap tadi.



see,sweet kan kak nurul nih.... 

pa kes pandang kamera nih cik Siti Nor Salwa?saya memang terror bab2 spoilkan gambaq 
 Sebelum tuh nak ucapkan terima kasih kat Abg Afi sebab jadi kitaownk punya photog hari tuh. Terima kasih jugak kat kak nurul sebab sudi jumpa saya dengan mekna + belanja makan agi. I really appreciate it. Memang sonok sangat dapat spend masa dengan kak nurul,abg afi dan jugak mekna. Harap2 dapat jumpa lagi kak nurul pasnih.Oklah kawan2 setakat tuh ja entry saya untuk kali nih. Ribuan terima kasih juga diucapkan pada mekna sebab sudi temankan saya jumpa dengan kak Nurulbadiah Lai(ayat macam nak wat karangan untuk Penulisan ja kan???????). Sayang u all la.Oklah,setakat tuh ja entry nih,happy tak habis agi nih smpai rasa nak lompat ke dalam sungai pakai pelampung..see then..take care...have a nice day..Tq for reading this..=)

Friday, April 29, 2011

You Should Proud As What You Are......

Assalamualaikum........

Minggu yang sangat la memenatkan disebabkan final exam,tak masa sangat nak blogwalking or nak update pew2 kat blog. Rindu gila dengan blog kesayangan saya nih. Nih bleh update pun sebab dok curik2 masa sket.Ok,(sket2 ok ja,xda ayat laen). Entry saya kali nih lebih kepada apa yang memberi nasihat.Ceh,macam la bagus sangat nak bagi nasihat kan?hahahahaahaha....

Saya selalu  perhatikan orang disekeliling saya,apa yang saya dapat simpulkan yang kebanyakkan orang termasuklah saya sendiri sering tak berpuas dengan pew yang kita ada.Kita selalu nak jadi macam orang lain. Selalu sangat merungut tentang pew yang kita takda tapi ada pada orang laen. Contohnya kalau orang tuh lebih kaya atau lebih pandai. Saya pown kadang2 macam tuh jugak,selalu sangat merungut. Tapi bila difikikan balik macam tak patut plak kan?kita sepatutnya bangga dengan pew yang kita ada.Tiap-tiap orang dalam dunia nih ada kelebihan dia masing2.

So,tak payahlah kita asyik nak merungut ja kalau kita takda benda,kita sepatutnya bangga dengan diri kita. Maksud saya bukanlah membangga diri tapi kita patut appreciate diri kita dulu bawulah orang akan appreciate kita.Kalau kita tak hargai kita sapa lagi yang akan hargai kita kan?jadi kita tak perlulah obses nak MENJADI ORANG LAIN,jadilah diri kita yang sebenar.Tak perlu nak hipokrit dengan semua orang,juz tunjukkan the real you are.So the people will respect you more.

 Saya pown takda la sempurna,sebab semua orang dalam dunia tak sempurna. Saya bangga menjadi diri saya sendiri,biarlah apa2 pown tafsiran orang terhadap saya,saya tak kisah. Yang penting saya happy dengan life saya.At least they know who i am. If u try to be someone else,is that makes u happy????I don't think so,for me what is the best is being the real you.Right??Bersyukur dengan pew yang kita ada,sebab tak semua orang dalam dunia nih sama. Setiap orang tu ada keunikkan dia sendiri.Even twin pown mesti laen kan?

Setakat tu ja entry saya kali nih,English sy memang broken tapi saya nak gak speaking.he3!!!berjumpa lagi....Take care my readers and thank you for reading this...=)

Tuesday, April 19, 2011

Cantik Bukan Bermakna Perlu Kurus

Assalamualaikum......

Sekarang sangat la sibuk sebab dah minggu untuk my final exam sebab 2 la jarang sket dok menghupdate blog. Ok,sekarang saya rasa macam nak beri sedikit pendapat tentang ke obsesian wanita terhadap badan yang kurus. Bila berat naik sket mulalah kalut nak diet la pew la,nak makan pil JusMate 5 la. No need la. kalau nak dapatkan badan yang kurus tak semestinya kena consume benda-benda macam tuh,better korang pegi excercise lagik bagos tau.

Bagi saya cantik tak semestinya kena kurus. Perkataan cantik tuh sangat la subjektif. Setiap orang ada pendapat yang berbeza mengenai cantik nih. Ada ja orang bila chubby comel sangat tapi bila dah kurus nampak biasa-biasa ja. Jadi girl2 yang kat luar sana yang badan agak berisi janganlah rasa terlalu rendah diri yang penting kamu kena yakin dengan diri sendiri dan kecantikan tuh akan terserlah dengan sendiri. Tak perlu nak rasa down dengan fizikal korang,but be happy with it and enjoy it.

Saya pown takda la kurus sangat,dalam katogeri yang sedang2 jugak, tapi saya sangatlah menghargai diri saya sendiri.Even ada orang pernah cakap yang ibu saya lagi kurus dan cantik dari saya, saya tak pernah pown rasa down. Bagi saya pew yang kita ada kita patut hargai benda tuh. Tak kisahlah gemuk ke kurus ke cantik  ke tak cantik ke yang paling penting hati mau bersih dan murni.

Jadi jangan set kan dalam fikiran kalau cantik ja mesti kurus. Sepatutnya kita menghargai diri kita apa yang ada dan perlu yakin dengan diri kita sendiri. Barulah orang rasa yakin dengan diri kita nih.Entry nih bukan nak mengutuk orang-orang yang berbadan kurus,cuma saya nak nyatakan pendapat saya yang cantik tak semestinya kena kurus,sebab orang gemuk pown cantik gak bagi pandanagn mata saya. Cuma korang kena hargai pew yang korang ada.


pew2 pown yang jadik senyum ja.kalau senyum menampakkan kita cantik.Abaikan gambar saya yang perasan comel nih 
Ok lah,setakat tuh ja yang saya nak kongsikan.Kepada  semua kawan-kawan yang akan mengambil peperiksaan saya ucapkan semoga berjaya. Aja2 fighting. thank you for reading..=)