Saturday, August 6, 2011

Moto Besaq N Keta Comel.....

Assalamualaikum.....
Pew khabar kawan-kawan semua.Sihat tak??Dah lama nak update blog tapi still jugak tak sempat. Sejak kebelakangan nih memang sibuk sket dengan test,assignment yang bertimbun2 lagi. Al maklumlah dah final sem memang agak sibuk.

ok,kali nih saya nak kongsikan skit gambar2 yang saya snap masa Karnival Pemerdagangan kat penang hari tuh. Kebetulan time 2 family nak hantar blik terengganu tapi sempat singgah kejap kat Queensbay mall sebab tiket lambat agi. yang sayang time pi tuh tak sempat nak jumpa Lisa Surihani yang meletop 2. Sebab petang tuh dia dah ambik flight blik KL.

Jom enjoy gambar2 saya masa da kat sana.


seyesly memang cantik gila depa renote keta nih

mcm herbie plak tgk kete nih

my lovely dad yg mcm jatuh hati kat moto tuh

da hati nak jadi macam Erra fazira
Seyesly sapa yang minat kete2 comel and moto2 besar nih mesti enjoy gila datang sini.Walaupown datang kejap saja tapi memang enjoy habis. Sebenarnya masih dalam mood bersedih sebab kamera saya hilang.Huhuhu.Tak pewlah dah takda jodoh saya dengan kamera tuh.Saya harap sapa yang jadi tuan baru kamera tuh jaga leklok kamera tuh. Skunk tengah kumpul duit nak beli kamera baru,

Sampai bersua  lagi yew pasni,tq for reading this....

Wednesday, June 15, 2011

Tips Nak Dapatkan Rambut Yang Cantik.....

Assalamualaikum........

Sebenarnya tak tau pown nak hupdate pasal apa,tapi rasa macam nak share tips2 nak jaga rambut untuk rakan2 semua.Ha,tambah untuk girls yang bertudung mesti susah kan nak jaga rambut anda?????meh nak share sket2 tips yang saya tau.

1.Firstly,kalau pagi2 nak pi kerja or ke kelas tak payah la nak basahkan rambut sebab bila kita pakai tudung rambut tuh akan sentiasa lembap ja dalam tudung and last2 akan menyebabkan pembiakan fungus ataupown dikenali sebagai kelemumur and lagi 1 akan sebabkan rambut berbuah.so,kalau nak basuh rambut make sure time 2 korang takda aktiviti luar.

2.Selalunya bila girls basahkan rambut diaownk suka nak keringkan pakai hair dryer,ok kalau pakai hair dryer sebenarnya akan wat kita lebih kering dan nampak kusam.So say NO to hair dryer,keringkan secara semula jadi ja.

3.tips yang ke3 plak bila syampu rambut 2 3 kali ja seminggu jangan lebih dan pakai conditioner.Kalau syampu selalu bukan rambut jadi lebih elok tapi lagi teruk dan wajib pakai conditioner sebab nak imbangkan pH rambut kita.bila terlalu beralkali rambut akan jadi keras.bagi yang tak mampu nak pakai conditioner bolah ja nak pakai benda semualjadi macam limau nipis.1 agi limau nipis nih pown boleh setelkan masalah kelemumur nih,so dengan cara nih korang dapat jaga rambut dan tak payah nak keluarkan belanja yang besar untuk penjagaan rambut.

4.Saya rasa ramai yang impikan untuk nak dapatkan rambut yang lurus kan??ok senang ja cara dia.Korang cari bunga raya.Yang asli ok bukan bunga plastik tau.Pastu ramas bunga nih dengan air sampai keluar lendir,then korang sapu lendir 2 kat rambut dan birkan dalam 10 minit macam tu.kalau rajin wat la tiga kali seminggu atau lebih.InsyaAllah hasil nanti dapat puaskan hati korang semua.dulu selalu jugak saya wat tapi bila duduk hostel susah nak wat sebab tak penah pown jumpa bunga raya kat area Kuala Terengganu nih.

5. Bagi yang tak bertudung plak make sure before keluar rumah tuh pakai minyak dekat rambut tuh.Minyak zaitun ke Johnson baby ke,sebab rambut korang akan cepat kering sebab terdedah terus kat matahari.At least bila pakai minyak tuh dapat la jugak nak protect rambut tuh.

6.Dulu time kecik2 selalu la jugak sapu minyak kelapa kat rambut.Senang ja nak wat sendiri minyak nih.Firstly korang masak santan tuh,tunggun sampai dia pecah minyak and korang boleh ambik minyak tuh pakai kat kepala.jimat duit kan dapat wat sendiri.Tak payah nak habis kan duit untuk benda yang belum pasti lagi berkesan kan kawan2?????kalau malas sangat korang ambik santan pastu letak kat dalam peti ais.Pastu esok pagi ambik dan letak kat kepala,mesti rasa sejuk dan segar ja kat kepala tu.


Oklah,setakat tuh ja tips yang dapat saya kongsi.Kita orang perempuan mesti la jaga rambut betul2 sebab rambut tuh kan mahkota kita.Tak kisah la bertudung ataupown tak.Takat nih ja yang mampu saya kongsikan untuk semua.Harap dapat la bagi info walaupown sedikit.Take care readers.have a nice day.tq for reading this.

Wednesday, June 8, 2011

Jeruk Penang Untuk Nurulbadiah Lai

Assalamualaikum..........

dah lama btol saya tak jenguk blog saya nih..bukan apa,balik kampung ja line tak bapa nak okey.So,cma boleh blogwalking ja...Sedih sangat sebab blog nih terbiar macam tu saja. Ok saya dah stat sem baru skunk nih.Bukan tuh yang saya nak cita sebenarnya,ada topik yang lebih hot agi dari tuh. Nak tanya nih,kenal tak siapa yang bernama Nurulbadiah Lai????seyes sapa yang dalam dunia berbloging kalau tak kenal beliau memang rugi sesangat yew.Kak nurul bukan saja cantik tapi memang seownk yang sangat la baik.Saya memang minat betol dengan kak nurul nih.

Ok,memang dari dulu pown berhajat nak jumpa dengan dia tapi malu kowt.Yewlah,dia kan sangat femes ames.Tapi saya memang totally wrong,she is really a nice person even dia memang popular sangat among bloggers. So saya pown belikan sedikit ole2 dari Penang Terchenta untuk dia. Tadi saya pown berkesempatan la untuk bagi jeruk tuh untuk dia. Happy sangat2 dapat jumpa.Memang dah lama tingin nak jumpa.she is really makes me want to cry,know why??? because she is really nice to me even first time we meet up. Dah.taknak cita banyak2.Jom layan gambar yang disnap tadi.



see,sweet kan kak nurul nih.... 

pa kes pandang kamera nih cik Siti Nor Salwa?saya memang terror bab2 spoilkan gambaq 
 Sebelum tuh nak ucapkan terima kasih kat Abg Afi sebab jadi kitaownk punya photog hari tuh. Terima kasih jugak kat kak nurul sebab sudi jumpa saya dengan mekna + belanja makan agi. I really appreciate it. Memang sonok sangat dapat spend masa dengan kak nurul,abg afi dan jugak mekna. Harap2 dapat jumpa lagi kak nurul pasnih.Oklah kawan2 setakat tuh ja entry saya untuk kali nih. Ribuan terima kasih juga diucapkan pada mekna sebab sudi temankan saya jumpa dengan kak Nurulbadiah Lai(ayat macam nak wat karangan untuk Penulisan ja kan???????). Sayang u all la.Oklah,setakat tuh ja entry nih,happy tak habis agi nih smpai rasa nak lompat ke dalam sungai pakai pelampung..see then..take care...have a nice day..Tq for reading this..=)

Friday, April 29, 2011

You Should Proud As What You Are......

Assalamualaikum........

Minggu yang sangat la memenatkan disebabkan final exam,tak masa sangat nak blogwalking or nak update pew2 kat blog. Rindu gila dengan blog kesayangan saya nih. Nih bleh update pun sebab dok curik2 masa sket.Ok,(sket2 ok ja,xda ayat laen). Entry saya kali nih lebih kepada apa yang memberi nasihat.Ceh,macam la bagus sangat nak bagi nasihat kan?hahahahaahaha....

Saya selalu  perhatikan orang disekeliling saya,apa yang saya dapat simpulkan yang kebanyakkan orang termasuklah saya sendiri sering tak berpuas dengan pew yang kita ada.Kita selalu nak jadi macam orang lain. Selalu sangat merungut tentang pew yang kita takda tapi ada pada orang laen. Contohnya kalau orang tuh lebih kaya atau lebih pandai. Saya pown kadang2 macam tuh jugak,selalu sangat merungut. Tapi bila difikikan balik macam tak patut plak kan?kita sepatutnya bangga dengan pew yang kita ada.Tiap-tiap orang dalam dunia nih ada kelebihan dia masing2.

So,tak payahlah kita asyik nak merungut ja kalau kita takda benda,kita sepatutnya bangga dengan diri kita. Maksud saya bukanlah membangga diri tapi kita patut appreciate diri kita dulu bawulah orang akan appreciate kita.Kalau kita tak hargai kita sapa lagi yang akan hargai kita kan?jadi kita tak perlulah obses nak MENJADI ORANG LAIN,jadilah diri kita yang sebenar.Tak perlu nak hipokrit dengan semua orang,juz tunjukkan the real you are.So the people will respect you more.

 Saya pown takda la sempurna,sebab semua orang dalam dunia tak sempurna. Saya bangga menjadi diri saya sendiri,biarlah apa2 pown tafsiran orang terhadap saya,saya tak kisah. Yang penting saya happy dengan life saya.At least they know who i am. If u try to be someone else,is that makes u happy????I don't think so,for me what is the best is being the real you.Right??Bersyukur dengan pew yang kita ada,sebab tak semua orang dalam dunia nih sama. Setiap orang tu ada keunikkan dia sendiri.Even twin pown mesti laen kan?

Setakat tu ja entry saya kali nih,English sy memang broken tapi saya nak gak speaking.he3!!!berjumpa lagi....Take care my readers and thank you for reading this...=)

Tuesday, April 19, 2011

Cantik Bukan Bermakna Perlu Kurus

Assalamualaikum......

Sekarang sangat la sibuk sebab dah minggu untuk my final exam sebab 2 la jarang sket dok menghupdate blog. Ok,sekarang saya rasa macam nak beri sedikit pendapat tentang ke obsesian wanita terhadap badan yang kurus. Bila berat naik sket mulalah kalut nak diet la pew la,nak makan pil JusMate 5 la. No need la. kalau nak dapatkan badan yang kurus tak semestinya kena consume benda-benda macam tuh,better korang pegi excercise lagik bagos tau.

Bagi saya cantik tak semestinya kena kurus. Perkataan cantik tuh sangat la subjektif. Setiap orang ada pendapat yang berbeza mengenai cantik nih. Ada ja orang bila chubby comel sangat tapi bila dah kurus nampak biasa-biasa ja. Jadi girl2 yang kat luar sana yang badan agak berisi janganlah rasa terlalu rendah diri yang penting kamu kena yakin dengan diri sendiri dan kecantikan tuh akan terserlah dengan sendiri. Tak perlu nak rasa down dengan fizikal korang,but be happy with it and enjoy it.

Saya pown takda la kurus sangat,dalam katogeri yang sedang2 jugak, tapi saya sangatlah menghargai diri saya sendiri.Even ada orang pernah cakap yang ibu saya lagi kurus dan cantik dari saya, saya tak pernah pown rasa down. Bagi saya pew yang kita ada kita patut hargai benda tuh. Tak kisahlah gemuk ke kurus ke cantik  ke tak cantik ke yang paling penting hati mau bersih dan murni.

Jadi jangan set kan dalam fikiran kalau cantik ja mesti kurus. Sepatutnya kita menghargai diri kita apa yang ada dan perlu yakin dengan diri kita sendiri. Barulah orang rasa yakin dengan diri kita nih.Entry nih bukan nak mengutuk orang-orang yang berbadan kurus,cuma saya nak nyatakan pendapat saya yang cantik tak semestinya kena kurus,sebab orang gemuk pown cantik gak bagi pandanagn mata saya. Cuma korang kena hargai pew yang korang ada.


pew2 pown yang jadik senyum ja.kalau senyum menampakkan kita cantik.Abaikan gambar saya yang perasan comel nih 
Ok lah,setakat tuh ja yang saya nak kongsikan.Kepada  semua kawan-kawan yang akan mengambil peperiksaan saya ucapkan semoga berjaya. Aja2 fighting. thank you for reading..=)

Thursday, April 7, 2011

My Dream

Assalamualaikum....

haloo,ok hari nih nak juz nak kongsi dengan kawan-kawan yang ada mengenai impian saya nih,saya sangat sure lah mesti semua da dream masing-masing kan?????sama lah macam saya nih. Kadang-kadang benda yang kita impikan tuh tak semestinya kita akan dapat kan?tapi pew salahnya kita berangan-angan?kadang-kadang angan-angan tuh lah dapat menaikkan semangat kita nih.

ok mai nak kongsi pew yang selalu saya impikan.

1.firstly saya teringin sangat-sangat nak naik superbike.Kalau nampak jah moto nih kat jalan saya memang teruja habis la.Rasa macam satu kepuasan jah dapat naik moto berkuasa tinggi nih.


cantik kan moto nih,seyesly bez kowt kalau dapat naek moto nih.. 


walaweyh ar,pink kaler plak tuh..memang bikin gua teruja ar nak naik 
2.saya tingin gila nak jadik penjaga zoo macam lisa surihani tu dalam citew zoo,nampak macam best ja dapat spend masa dengan binatang-binatang yang ada dalam zoo tu,


kalau dapat suit macam nih pown comel gak.he3!!!! 
3.memang tingin gila nak jadik penyiasat persendirian.Nonsense betol kan??


hahaha.xleh blah btol kan angan-angan saya nih kan???ntah pew la saya nak investigate tuh 
ok lah sebenarnya ada antara angan-angan saya nih dah tercapai.terima kasihla kepada yang sudi memenuhinya,nak lagi boleh tak?ngada2 kan,beri betis nak paha..he3!!!tak salah kan?

ok,bertemu lagi..tq for reading this..

Sunday, April 3, 2011

Keceriaan Waktu Kecil.........

Assalamualaikum.....

tiba-tiba rasa macam nak jadik budak kecik coz nak share citew pasal kartun-kartun kegemaran saya time kecik dulu. Sebenarnya saya nih sangat la suka tengok cita yang comel nih. Memang kadang-kadang rasa tak logik dengan benda yang ditunjukkan dalam cita-cita nih. Tapi time tuh men tengok ja pew yang nampak bez dan yang paling penting cita tuh mesti comel,baru rasa minat nak tengok.Memilih kan?besa la tu,semua mest suka benda-benda yang comel.

Ok mai nak tunjuk antara cerita yang mengisi masa lapang saya time kecik-kecik dulu

nih,cerita Mirmo Zibang,sangatla comel.Pastu jalan cerita pown bez jugak


semua nya comel,geram sungguh bila tengok 

nilah watak yang ku paling minat sekali dalam cita nih,
Rima sangatla obses dengan cinta dia terhadap mirmo 
ok,ni plak cita yang saya rasa memang ramai la minat sebab sangatla menarik jalan cerita dia,Detective Conan


jalan cerita yang sangatla educated,i like 

si cerdik conan,sangat la bersahaja 


ok pastuh cita nih mesti semua tau kan,Shinchan


hahahaa,cita lawak bodoh 

ok,muka shin chan dilukis berdasarkan muka budak nih,comelnya 
cerita ni plak pasal sebuah sekolah ninja,Ninja Boy


sekolah ninja yang mempunyai pelajar yang gila-gila

watak yang paling saya minati,shinbei
sangatla comel dan sangat baik hati 
last but not least,ni lagik satu kartun yang saya dan adik-adik saya  minat Totally Spies


cerita mengisahkan tentang tiga orang student perempuan yang bekerja part time as penyiasat 
ni plak watak yang saya minat


comel kan????
Kalau semua perasaan cita kartun yang saya minat kebanyakkan nya anime dari Jepun,satu ja dari Amerika.Bukan pew minat dengan anime nih mesti sebab gaya lukisan dia yang sangat cantik compare dengan anime dari Amerika.Sebab pelopor utama lukisan macam ni adalah dari negara Jepun,no wonder la lukisan diaownk lagi cantik.

Ok,bila tengok semua nih teringat plak zaman kecik-kecik dulu.tak la tension macam skunk nih.Dulu time kecik keja main-main ja,tak penah pikir langsung pasal hal orang. hahahaah!!!!!saya sangatla enjoy time kecik-kecik dulu,xmacam budak zaman sekarang keja duk terperap dalam umah layan Facebook,memeng tak enjoy langsung macam zaman saya kanak-kanak saya dulu.

thank you for reading this.