Friday, April 18, 2014

Resepi: Bakso Oh Bakso



Assalamualaikum..

hai kawan semua lama jugak tak update ini belog..hehee..actually 3mggu lepas aku kena serang penyakit chicken pox..hehe..sebab tuh la terpaksa menyepikan diri dan dikuarantinkan kat umah..nant aku update lain pasal ni k..

Actually nak share dengan korang semua resepi bakso..kalau orang yang stay kat tempat yang orang Indonesia ramai mest akan taw pew bakso ni kan?actually aku memang peminat tegar bakso..tapi jangan makan selalu k..kolesterol tinggi sebab ad bebola daging 2..so lets get start

bahan-bahan
1. 1 peket bebola daging(blh beli di Giant n etc)
2. 1kilo daging cincang
3. kiub pati daging
4. daun bawang putih(dihiris halus)
5. perencah sup
6. bawang kecil 2 ulas (dikisar halus)
7. kulit buah pala (dikisar halus)(optional)
8. Bihun/mee/koey toew segera 1 peket

daun bawang putih

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kecil dan buah pala sehingga naik bau
2. Masukkan air sebanyak 1liter
3. Masukkan daging, perencah sup,daun bawang putih dan kiub pati daging tunggu sehingga mendidih
4. Masukkan bebola daging yang dihiris sedikit berbentuk t
5. Sedaia dihidang apabila bebola daging kembang bersama-sama dengan bihun/mee segera/mee/koey teow
6. boleh disediakan jugak dengan sambal kicap

tarraaaa...siap sudah


Actually senang ja nak wat bakso ni...main campakcampak ja bahan.. so selamat mencuba semua..take care readers and thank you..


Friday, March 7, 2014

Bengkak Cantik/Beguk

Assalamualaikum...

Hai semua..btw kali ni aku nak cita sikit pasal bengkak cantik/beguk..korang mesti pernah dengar kan istilah ni?? Kalau tempat aku depa panggil bengkak cantik.. bengkak cantik ni korang boleh tengok bila pipi seseorang tuh macam bengkak sebelah.. Punca dia ialah kekurangan iodine dan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak dan pipi seolah-olah kelihatan membengkak di  sebelah bahagian saja.

Dulu masa aku darjah 6 kalau xsilap memang penah kena bengkak cantik ni.. Sehari sebelum kena penyakit ni aku ingat lagi mintak tolong sepupu korekkan telinga aku then dia tercucuk dalam sangat dan mybe tme 2 terkena kelenjar tiroid.. Esok 2 pipi aku bengkak sebelah.. Sakitnya tak payah cakap ar memang nak makan benda yang kena kunyah so tiap-tiap hari aku akan makan makanan berkuah yang tak perlu kunyah sangat macam laksa ke or bihun sup.. Masa ni memang rasa nak marah dengan orang sekeliling aku ada ke patut depa dok pi picit and tarik pipi aku ni.. Rasa macam nak terajang  ja.. Lama jugak la aku kena penyakit ni dalam 2 minggu macam tuh..Berdasarkan pew yang aku google bengkak cantik ni setiap orang akan alami sekali ja seumur hidup macam demam campak. Bengkak cantik ni xda rawatan atau ubat yang khusus tapi biasa orang akan letakkan iodine kat tempat yang membengkak.


macam ni la rupa dia bila terkena bengkak cantik

So korang pernah ke kena bengkak cantik ni? Jangan pandang mudah ye penyakit ni if teruk sangat boleh menyebabkan kemandulan..Bahaya betul.. Lepas ni aku akan share spa cara budget plak..

till then..take care readers.. and thank you

Monday, January 27, 2014

My Wedding Dream

Assalamualaikum...

apa habaq wahai kawan-kawan sekalian..?btw tahun ni bila wa bukak fb ada ja invitation untuk majlis perkahwinan oleh kawan-kawan sekolah,kampung..ni yang makin membuak-buak semangat nak nikah ni..almaklumlah umur bila dah menginjak ke 20an ni kan ada la perasaan jugak nak nikah tuh kan..ada plak kawan yang dah beranak pinak bagai dah..wa plak still belajar so terpaksalah lupakan hasrat nak nikah tuh..

btw nak share la sikit wedding yang macam mana wa dok impi-impikan selama ni..jangan salah anggap k..wa takkan berkahwin lagi dalam masa terdekat ni ye..hehehe..

untuk nikah memang warna putih la akan dipilih kan..wa ingat nak pakai jubah moden yang design macam ni but warna off white gitu..and nak detailing warna pink sikit-sikit...

love this dress
untuk majlis kat rumah wa plak warna mint green menjadi idaman kalbu..at first dulu pikir nak warna pink but warna ni lagi mengancam...lembut ja warna tapi menarik hati kottt..sekarang pon warna ni tengah inn sangat..orang sekarang pun bila wat majlis lebih pilih warna-warna pastel berbanding warna yang terang benderang...


soft ja warna mint green ..hehehe..nanti ingat nak wat simple ja pelamin but bukan untuk tepung tawar tapi untuk tangkap gambar dengan family dengan kawan-kawan..


atau decoration macam ni ni


nice kan warna-warna dia dan memang plan nak letak bunga segar...pahtu ingat nak wat candy booth and tempat guest book sekali..over btoiii..hehehe


ombre colour!!!!!!!love this 

flower girl
pahtu nak flower pakai tutu dress warna mint green jugak...last2 flower girl lagi menyerlah dari pengantin..acaner tuh???hahahah..hentam sajalah..wa kalau boleh nak majlis yang simple sangat2 but cantik..taknak nampak vavavoom sangat memandangkan sekarang semua benda mahal kan??so harap sangat dapat wat majlis wa macam nih..simple but nice..so korang macam mana wedding impian korang ce share sikit..hehehehee

p/s: to my future husband i hope you will like my idea..
all picture credit to Google
terima kasih daun keladi..lepasni singgah la sini lagi okey..=)

Tuesday, January 14, 2014

Jom Jana Saham Akhirat

Assalamualaikum....

Hai semua apa khabar? sihat..?lama dah tak ambik peduli dekat blog ni..sibuk sangat-sangat..hehe..mengalahkan PM ja sibuknya..padahal takdak idea nak menulis sangat..berbalik kepada tujuan asal (ayat sekma), sekarang ni semua orang sibuk sangat nak menyimpan untuk saham-saham macam ASB ..tapi pernah tak korang terpikir nak jana saham akhirat??

Saham akhirat bagi aku ialah bila kita dermakan barang macam kipas letak dekat masjid,dermakan telekung/sejadah letak kat masjid...takpun sedekahkan pakaian sekolah atau barangan sekolah untuk anak-anak yatim ke..selagi orang pakai benda tuh akan bertambah lah pahala masuk dalam akaun tahunan kita...ramai orang macam kadang-kadang tak tahu benda ni..so apa kata mulai daripada sekarang kita jana saham akhirat ni..kadang-kadang kita terlalu khusyuk dengan benda duniawi sampai tak pikir tujuan hidup kita yang sebenar-benarnya..yang tuh ja nak kongsi sebenarnya..akan lebih banyak update entry lepas ni..

sekian,terima kasih...


Monday, July 1, 2013

Gigi dan Braces

Assalamualaikum.....

hai semua sihat ke??aku baru ja habis final sebab tu jarang post belog..lega sangat!!!btw tujuan aku up entry ni sebab ada sikit isu berkenan dengan gigi aku..well memang semua orang taw aku ad gigi kapak besaq +  gigi siung...So far memang ramai gak yang suggest kat aku suruh pakai braces bagi align balik gigi..but aku nih macam jenis payah sikit nak ikut orang cakap plus aku memang cukup bahagia dengan gigi aku nih...dan aku bersyukur sangat gigi aku macam ni..i like it vey much

Lagipun aku tengok bila orang pakai braces macam fake ja..tme senyum nak cover-cover,makan kena ayu-ayu..pahtu sakit dia tak payah cakap la memang zazb..selalu bila ada orang pakai braces aku mesti tengok gigi dia ja..muka taknak tengok pun...lagipun aku memang malas nak membazir duit untuk benda yang tak perlu...baik aku beli moto EX5 sebijik....lain la kalau memang kena pakai braces untuk faktor kesihatan..pastu aku ada baca blog Imam Muda Asyraf,kalau pakai braces untuk tujuan kecantikan hukum dia HARAM..klik SINI..

Bagi aku gigi aku adalah anugerah terindah pada tubuh badan aku...In Sha Allah aku akan jaga dengan baik..Kalau gigi sama ja macam xunik..sebab ramai ad gigi macam tu..sekarang nih macam trend plak orang pakai braces nih..pi mana-mana mesti jumpa...pew-pew pun ni just pendapat peribadi aku..mintak maaf if ada singgung mana-mana pihak..

my gigi kapak besaq kedabak n gigi siung


p/s: Hargai anugerah yang Allah dah bagi kat kita...bersyukur dengan apa yang ada.

thank you for reading this..see u then..take care readers.

Wednesday, June 5, 2013

Travel Tips To Cambodia

Assalamualaikum.....

hai korang...sihat ke??btw nak share dengan kawan-kawan sedikit tips kalau nak travel pi kemboja...benda baik elok dikongsikan bersama..ye dak? actually hari tuh masa aku pi kemboja bukan untuk bercuti tapi untuk wat kerja sukarelawan tapi sedikit sebanyak aku taw keadaan kat sana.

1. Barang yang wajib untuk bawak ialah topi, shades dan face mask. sebab sana agak panas jika nak dibandingkan dengan sini.pastu tempat dia agak berdebu..even orang sana pun pakai face mask nih masa depa jalan or naik moto.

2. Jangan sekali-kali minum air yang dijual tepi jalan tuh...sebab tak taw tahap kebersihan dia macam mana..masa aku kat sana kitaorang just minum air mineral saja.

3. Kemboja pakai matawang USD so makanan agak mahal,tapi barang kat sana memang murah giler. if ada barang yang nak beli make sure korang bargain sampai setengah harga.. kalau peniaga tuh macam berat ja nak bagi..korang keluar terus dari kedai tuh..nanti dia akan panggil korang balik and bagi harga yang korang nak.

4. Perkara wajib buat kat sini ialah naik tut-tut,river cruise sungai mekong dan pergi urut badan..try naik tut-tut nih malam-malam dan tengok bandar Phnom Peh...memang best..Massage badan plak memang wajib sebab harga memang murah gila kalau nak bandingkan kat Malaysia..aku massage full body selama 2 jam cuma Rm33 ja..pastu dapat free stim bath lagi..

5. Lagi 1 benda wajib beli ialah batu permata...sangat cantik dan jangan risau memang original...harga dia memang murah gila..kawan aku beli permata real hari tuh lebih kurang Rm70..kalau pi Habib Jewel mau menangis tengok harga dia.

6. Pastu antara tempat yang best untuk shopping ialah Central Market, Russian Market and Surya Mall..Dekat Central Market best shopping berlian, baju dengan handbag..ada sesetengah kedai peniaga dia pandai cakap Melayu...kalau Russian Market lebih kepada cenderamata...dan yang paling best kat Surya Mall boleh shopping kasut..kat surya mall nih boleh mintak diskaun walaupun dalam mall..

7. Waktu solat biasanya awal sejam dari Malaysia.,and dekat bandar Phnom Penh ada lebih kurang 3masjid..

8. Agak susah nak cari kedai makanan halal...kalau halal pun mesti dalam restaurant tuhh ada bar untuk arak juga...so the most recomended place is Kafe Malaya.memang takdak arak langsung..kafe ini owner dia orang Malaysia..Kafe ini berdekatan je dengan Central Market.

9. Masa korang nak pergi jenjalan dekat bandar makesure ambik kad hotel..so kalau korang sesat boleh tunjuk ja kad tuh dekat driver tut-tut.

10. Tempat wajib untuk melawat adalah Killing Field, Toul Sleng Museum, Masjid KM9,

bangga sangat tengok orang Malaysia berjaya di negara orang-KAFE MALAYA


Central Market tempat berlian yang kebabommm

Russian Market

with phon phon our tourist guide

abg fairus ni pandai cakap bahasa ganu


ini la tut-tut

romantik kot masa naik cruise..

ngeri tempat ni..Killing Field

Toul Sleng Museum

tempat seksa rakyat jelata satu ketika dahulu...ngeri!!!

Aku rasa yang tuh ja dapat aku kongsikan..memang lebih elok melancong dalam negara..tapi tak salah kan kalau sekali-sekala nak pergi luar..so aku harap tips2 ni dapat le membantu sedikit sebanyak..kat sini aku attachkan sekali Facebook tourists guide kitaorang dulu..yang sorang 2 pandai cakap Melayu..

 Facebook So sophon

thank you and have a nice day...

Sunday, April 28, 2013

Promosi Fotografi

Assalamualaikum....

ohmai dah lama tak update blog ni..nak kata sibuk orang lain pun sibuk gak kan??btw aku wat entry nih khas untuk  zul sebagai tanda appreciate dia selalu shoot aku bagai...walaupun aku ni xdak la fotogenik macam talent yang lain...sekarang ni dak zul nih dah habis praktikal and dia memang tengah cari side income before sambung degree..

kadang-kadang memang susah nak cari photographer yang kena dengan selera kita kan...pastu mesti kalau baru kenal rasa kekok nak berposing bagai...jangan risau dak zul nih memang sangat professional..lagi satu kalau korang ambik pakej dengan dia, dia yang akan suggest macam nak posing depan kamera ,sebab tak semua orang pandai nak pose-pose nih...lagi satu kelebihan ambik pakej dengan dia korang memang boleh mintak diskaun dengan dia..In sha Allah dia ni boleh consider...siap dapat unlimited shoot lagi. sebelum 2 mai aku tunjuk gambar yang dia pernah shoot before nih...

dak zul ni bukan saja boleh shoot talent,wedding pun dia wat, event,gambar budak-budak pun dia tangkap




gambar ni memang lawa








suka sangat yang ni


kalau korang berminat jangan segan-segan okey contact si zul ni..sekarang pun memang dia ada buat promosi..

zul-013-5918046
 FB Zul

take care...thank you