Monday, May 11, 2015

Lagenda Selipar Jamban di Hostel

Assalamualaikum and hola......

Hai uolssss...dah lama aku menyepi hampir setahun jugak la..biasala gua ni blogger sendu mana komitmen sangat nak update bagai..entah ada yang baca entah takda yang baca..hahaha..macam chipsmore kejap ada kejap takdak.. Btw aku tiba-tiba teringat nak share satu lagenda yang agak femes masa aku Sekolah Teknik Pendang dulu..

Alkisahnya sekolah teknik aku ni ada dalam 600 lebih student..semuanya duduk hostel..so memang ramai gila la..dah macam sekolah asrama penuh dah pun..Budak laki sekolah aku memang jenis gila-gila..almaklumla semua otak bakal engineer to be..so diaorang ni mesti akan buat kes sekali dalam setahun tuh..macam tradisi turun temurun daripada senior...ada satu-satu masa bila ada ja kasut budak laki..depa ambik sebelah lempaq dalam longkang la, lubang jamban la,tong sampah..just sebelah ja kasut..lagi sebelah depa tinggal biaq ala-ala Cinderella gitu..dah kasut ada sebelah bukan boleh nak pakai pon kan..sama ja macam buang ja dua-dua..hahahhaa..so kalau orang yang kasut dia dah kna sabotaj ni akan repeat sabatoj orang lain pulak..last-last wabak ni merebak la satu sekolah..then time tu kami budak girl bolehla nampak budak laki gi prep pakai kasut sebelah lain-lain.





Sampaikan satu tahap aku tengok kawan laki aku siap beli padlock kunci kasut dia..ni bukan tahap kau kunci cintaku di Namsan tower..tapi ku kunci kasutku dari disabotaj..ahahhaa..memang legend sangat masa 2..aku time tulis ni pon tergelak bila ingat balik..warden-warden masa ni pon marah sangat last depa decide budak laki nak pergi solat ka makan ka semua wajib pakai kasut sekolah..nah ambik nak sangat...bayangkan la masa tu musim  hujan budak laki harung ja pakai kasut basah-basah pi kelas pi makan and solat, kasut tu jugakla depa bawah pi sekolah..memang hazab jugak la..hahahhaa..tapi aku syukur sangat sebab budak pompuan bertamadun sikit xda la buat benda gini.


kredit:blogfaridfaisal89



Tapi sekarang sekolah teknik pendang pon depa dah gantikan dengan Kolej Matrikulasi Pendang...so kisah tu dah terkubur dan cuma kekal sebgaia lagenda masa kami sekolah dulu saja cuma jadi kenangan..hehehhehee

till then..take care readers...assalamualaikum..



Monday, July 14, 2014

Bloggers That Inspire Me


 Assalamualaikum and ola...hehhehee



oh mai dah lama gila tak jenguk blog ni since sibuk kerja part time sekarang..so lets get started..actually aku ni memang bukan orang yang pandai menulis sangat..even time belajar aku rasa oral test lagi best berbanding test biasa..maybe sebab aku lebih suka bercakap..dulu aku start buat blog pon sebab senang untuk aku follow blogger-blogger yang aku suka..so mai tengok mana blogger yang banyak inspire aku in term of life,education an fashion.

1. Nurulbadiah Lai
  
dengan anak dia Izara balqis


Aku memang adore gila sis Nurulbadiah Lai ni..sebab cara penulisan dia memang nampak dia orang yang berpelajaran..dia memang selalu bagi artikel untuk memotivasikan diri kat pembaca dia..tat y dia adalah blogger yang paling aku adore..btw dia seorang lawyer..and no wonder la dia punya gaya penulisan memang best gila..benda yang paling buat aku kagum pasal dia ialah sebab dia berjaya ubah taraf hidup keluarga dia..dia datang dari keluarga yang berpendapatan rendah but dia manage untuk ubah taraf hidup keluarga dia..aku pun nak jadi macam dia..dahla tu memang tak sombong and humble ja dia ni..hehehehe

2. Yuyu Zulaikha


aku memang minat dengan Yuyu Zulaikha.kecik ja orang nya..aku suka cara penulisan dia yang bersahaja..dia pandai tarik perhatian pembaca dengan menggunakan sense of humor..and aku memang salute dia sebab walaupun dia kecik ja tapi still dia boleh jadi model untuk blogshop..so she prove that being shorter than anyone else was not a barrier for her to success...

3. Fatin Liyana


Fatin Liyana ni boleh dikatakn blogger muslimah yang paling famous dekat Malaysia..dia ni now dah jadi doktor..beauty with brain and also attitude..aku heran macam mana la dia boleh bahagikan masa untuk belajar then berblog,travel and also modelling...sebab student medic sangat la sibuk dengan study diarong..hehhehe




4. Fatin Suhana



Fatin Suhana ohmai dia memang natural beauty..dia punya blog simple ja..dia selalu share resepi dekat blog dia..even now dia dah bukak kedai pakaian muslimah ByFatinSuhana..memang gila la sebab umur dalam 20 an dah mampu bukak kedai pahtu inspirasi orang lain untuk berpakaian dengan lebih baik.

5. Shea Rasol



Shea Rasol aku memang suka gila cara dia berpakaian..memang lawa gila..pahtu satu lagi sebab aku suka follow blog dia sebab dia tulis dalam English..so dalam masa yang sama aku boleh enhance lagi skill untuk menulis dalam English..

Persamaan depa ni semua ialah depa ni ialah beauty with brain and attitute..lagi satu depa ni semua fashionista muslimah..hahahhaa

btw aku harap satu hari nanti dapat jadi macam depa semua....aminnnnnnn

thanks for reading this...

Friday, April 18, 2014

Resepi: Bakso Oh Bakso



Assalamualaikum..

hai kawan semua lama jugak tak update ini belog..hehee..actually 3mggu lepas aku kena serang penyakit chicken pox..hehe..sebab tuh la terpaksa menyepikan diri dan dikuarantinkan kat umah..nant aku update lain pasal ni k..

Actually nak share dengan korang semua resepi bakso..kalau orang yang stay kat tempat yang orang Indonesia ramai mest akan taw pew bakso ni kan?actually aku memang peminat tegar bakso..tapi jangan makan selalu k..kolesterol tinggi sebab ad bebola daging 2..so lets get start

bahan-bahan
1. 1 peket bebola daging(blh beli di Giant n etc)
2. 1kilo daging cincang
3. kiub pati daging
4. daun bawang putih(dihiris halus)
5. perencah sup
6. bawang kecil 2 ulas (dikisar halus)
7. kulit buah pala (dikisar halus)(optional)
8. Bihun/mee/koey toew segera 1 peket

daun bawang putih

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kecil dan buah pala sehingga naik bau
2. Masukkan air sebanyak 1liter
3. Masukkan daging, perencah sup,daun bawang putih dan kiub pati daging tunggu sehingga mendidih
4. Masukkan bebola daging yang dihiris sedikit berbentuk t
5. Sedaia dihidang apabila bebola daging kembang bersama-sama dengan bihun/mee segera/mee/koey teow
6. boleh disediakan jugak dengan sambal kicap

tarraaaa...siap sudah


Actually senang ja nak wat bakso ni...main campakcampak ja bahan.. so selamat mencuba semua..take care readers and thank you..


Friday, March 7, 2014

Bengkak Cantik/Beguk

Assalamualaikum...

Hai semua..btw kali ni aku nak cita sikit pasal bengkak cantik/beguk..korang mesti pernah dengar kan istilah ni?? Kalau tempat aku depa panggil bengkak cantik.. bengkak cantik ni korang boleh tengok bila pipi seseorang tuh macam bengkak sebelah.. Punca dia ialah kekurangan iodine dan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak dan pipi seolah-olah kelihatan membengkak di  sebelah bahagian saja.

Dulu masa aku darjah 6 kalau xsilap memang penah kena bengkak cantik ni.. Sehari sebelum kena penyakit ni aku ingat lagi mintak tolong sepupu korekkan telinga aku then dia tercucuk dalam sangat dan mybe tme 2 terkena kelenjar tiroid.. Esok 2 pipi aku bengkak sebelah.. Sakitnya tak payah cakap ar memang nak makan benda yang kena kunyah so tiap-tiap hari aku akan makan makanan berkuah yang tak perlu kunyah sangat macam laksa ke or bihun sup.. Masa ni memang rasa nak marah dengan orang sekeliling aku ada ke patut depa dok pi picit and tarik pipi aku ni.. Rasa macam nak terajang  ja.. Lama jugak la aku kena penyakit ni dalam 2 minggu macam tuh..Berdasarkan pew yang aku google bengkak cantik ni setiap orang akan alami sekali ja seumur hidup macam demam campak. Bengkak cantik ni xda rawatan atau ubat yang khusus tapi biasa orang akan letakkan iodine kat tempat yang membengkak.


macam ni la rupa dia bila terkena bengkak cantik

So korang pernah ke kena bengkak cantik ni? Jangan pandang mudah ye penyakit ni if teruk sangat boleh menyebabkan kemandulan..Bahaya betul.. Lepas ni aku akan share spa cara budget plak..

till then..take care readers.. and thank you

Monday, January 27, 2014

My Wedding Dream

Assalamualaikum...

apa habaq wahai kawan-kawan sekalian..?btw tahun ni bila wa bukak fb ada ja invitation untuk majlis perkahwinan oleh kawan-kawan sekolah,kampung..ni yang makin membuak-buak semangat nak nikah ni..almaklumlah umur bila dah menginjak ke 20an ni kan ada la perasaan jugak nak nikah tuh kan..ada plak kawan yang dah beranak pinak bagai dah..wa plak still belajar so terpaksalah lupakan hasrat nak nikah tuh..

btw nak share la sikit wedding yang macam mana wa dok impi-impikan selama ni..jangan salah anggap k..wa takkan berkahwin lagi dalam masa terdekat ni ye..hehehe..

untuk nikah memang warna putih la akan dipilih kan..wa ingat nak pakai jubah moden yang design macam ni but warna off white gitu..and nak detailing warna pink sikit-sikit...

love this dress
untuk majlis kat rumah wa plak warna mint green menjadi idaman kalbu..at first dulu pikir nak warna pink but warna ni lagi mengancam...lembut ja warna tapi menarik hati kottt..sekarang pon warna ni tengah inn sangat..orang sekarang pun bila wat majlis lebih pilih warna-warna pastel berbanding warna yang terang benderang...


soft ja warna mint green ..hehehe..nanti ingat nak wat simple ja pelamin but bukan untuk tepung tawar tapi untuk tangkap gambar dengan family dengan kawan-kawan..


atau decoration macam ni ni


nice kan warna-warna dia dan memang plan nak letak bunga segar...pahtu ingat nak wat candy booth and tempat guest book sekali..over btoiii..hehehe


ombre colour!!!!!!!love this 

flower girl
pahtu nak flower pakai tutu dress warna mint green jugak...last2 flower girl lagi menyerlah dari pengantin..acaner tuh???hahahah..hentam sajalah..wa kalau boleh nak majlis yang simple sangat2 but cantik..taknak nampak vavavoom sangat memandangkan sekarang semua benda mahal kan??so harap sangat dapat wat majlis wa macam nih..simple but nice..so korang macam mana wedding impian korang ce share sikit..hehehehee

p/s: to my future husband i hope you will like my idea..
all picture credit to Google
terima kasih daun keladi..lepasni singgah la sini lagi okey..=)

Tuesday, January 14, 2014

Jom Jana Saham Akhirat

Assalamualaikum....

Hai semua apa khabar? sihat..?lama dah tak ambik peduli dekat blog ni..sibuk sangat-sangat..hehe..mengalahkan PM ja sibuknya..padahal takdak idea nak menulis sangat..berbalik kepada tujuan asal (ayat sekma), sekarang ni semua orang sibuk sangat nak menyimpan untuk saham-saham macam ASB ..tapi pernah tak korang terpikir nak jana saham akhirat??

Saham akhirat bagi aku ialah bila kita dermakan barang macam kipas letak dekat masjid,dermakan telekung/sejadah letak kat masjid...takpun sedekahkan pakaian sekolah atau barangan sekolah untuk anak-anak yatim ke..selagi orang pakai benda tuh akan bertambah lah pahala masuk dalam akaun tahunan kita...ramai orang macam kadang-kadang tak tahu benda ni..so apa kata mulai daripada sekarang kita jana saham akhirat ni..kadang-kadang kita terlalu khusyuk dengan benda duniawi sampai tak pikir tujuan hidup kita yang sebenar-benarnya..yang tuh ja nak kongsi sebenarnya..akan lebih banyak update entry lepas ni..

sekian,terima kasih...


Monday, July 1, 2013

Gigi dan Braces

Assalamualaikum.....

hai semua sihat ke??aku baru ja habis final sebab tu jarang post belog..lega sangat!!!btw tujuan aku up entry ni sebab ada sikit isu berkenan dengan gigi aku..well memang semua orang taw aku ad gigi kapak besaq +  gigi siung...So far memang ramai gak yang suggest kat aku suruh pakai braces bagi align balik gigi..but aku nih macam jenis payah sikit nak ikut orang cakap plus aku memang cukup bahagia dengan gigi aku nih...dan aku bersyukur sangat gigi aku macam ni..i like it vey much

Lagipun aku tengok bila orang pakai braces macam fake ja..tme senyum nak cover-cover,makan kena ayu-ayu..pahtu sakit dia tak payah cakap la memang zazb..selalu bila ada orang pakai braces aku mesti tengok gigi dia ja..muka taknak tengok pun...lagipun aku memang malas nak membazir duit untuk benda yang tak perlu...baik aku beli moto EX5 sebijik....lain la kalau memang kena pakai braces untuk faktor kesihatan..pastu aku ada baca blog Imam Muda Asyraf,kalau pakai braces untuk tujuan kecantikan hukum dia HARAM..klik SINI..

Bagi aku gigi aku adalah anugerah terindah pada tubuh badan aku...In Sha Allah aku akan jaga dengan baik..Kalau gigi sama ja macam xunik..sebab ramai ad gigi macam tu..sekarang nih macam trend plak orang pakai braces nih..pi mana-mana mesti jumpa...pew-pew pun ni just pendapat peribadi aku..mintak maaf if ada singgung mana-mana pihak..

my gigi kapak besaq kedabak n gigi siung


p/s: Hargai anugerah yang Allah dah bagi kat kita...bersyukur dengan apa yang ada.

thank you for reading this..see u then..take care readers.